Followers

background

Saturday, December 12, 2009

Siasatan skandal PKFZ telus - Muhyiddin

MELAKA 11 Dis. - Tiga orang yang didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan pecah amanah skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) merupakan bukti manifestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendirian kerajaan mahu memastikan kes itu dilaksanakan dengan telus.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak akan melindungi sesiapa jika ada bukti dan asas kukuh untuk mengheret mereka ke mahkamah.

''Kita tidak langsung mahu melindungi tetapi kita juga tidak mahu nak menghukum di peringkat awal ini hanya kerana sudah ditahan seolah-olah sudah terbabit.

''Tetapi dari segi tindakan pihak berkuasa menahan tiga orang semalam dan kalau ada bukti penyelewengan dan elemen rasuah berlaku, kita memang tidak akan bertolak ansur.

''Sekarang terserah kepada bidang kuasa hakim untuk menentukan sebarang bentuk hukuman kes-kes yang telah dibawa ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Muhyiddin mengulas mengenai tiga orang yang didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan pecah amanah dalam skandal PKFZ.

Mereka yang ditahan ialah bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang; Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51, dan arkitek, Bernard Tan Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, tindakan mendakwa tiga orang itu di mahkamah adalah tindakan pertama pihak berkuasa terhadap mereka yang disyaki.

Bagaimanapun beliau membayangkan ada lagi individu-individu yang akan didakwa di mahkamah berhubung skandal tersebut.

Muhyiddin menegaskan, kes ini masih belum selesai walaupun tiga orang sudah didakwa di mahkamah.

''Kita tidak kata mereka sudah melakukan melainkan sehingga disabitkan di mahkamah tentang salah laku yang dibuat.

''Ia sama ada kesalahan kecil atau besar, RM6 juta atau RM60 juta biarlah mahkamah yang akan menentukan," katanya lagi.

Muhyiddin menambah, pihak berkuasa sudah mempunyai laporan-laporan asas berhubung skandal PKFZ berdasarkan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak akauntan sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, laporan-laporan itu akan digunakan sebagai asas untuk melihat ada penyelewengan berlaku dan mendakwa mereka yang terlibat.


-------> hmmm skandal RASUAH dan penyelewangan lagi? sampai bila rakyat Malaysia akan terus dihujani dengan skandal berprofil tinggi seperti ini? apakah punca dan apakah pula penyelesaiannya? ....

15 comments:

  1. hmmmm... skandal PERWAJA, skandal Port KLANG la...lepas ni skandal sandal jambanku dicuri orang...ehhe (takde kene mengene)

    ReplyDelete
  2. Puncanya ialah kerana blog ini malas nk update.. copy berita dan tambah 4 baris ayat saje.. Hebat!

    hoho...

    Rajinlah sikit.. anda pendebat kan pandai mengulas2 benda ni secara spontan.. Gunakan dgn sebaiknya.. baru org teruja nk komen.. ni!^$^&*^*@!

    ReplyDelete
  3. sejujurnya,ana sbg rakyat AA yg biasa dlm kedebab pun xtau siape yg btnggungjwb uruskn blog ni bererti mngkin 1,2 org je yg update blog ni & tugas mengupdatekn pun xd'war2kn dn dbhgikn antra kami.jd sudah tentu kelihatan agak berserabut.Mngkn itu kelemahan pihak kedebab sndiri yg harus diperbaiki selain komitmen kakak2 abg2 awal debat yg bnyk.Mgkn kedebab harus mengadakan meeting khas utk mencari penyelesaian bg kedebab yg baik dn semakin baik..terima kasih kpd yg jujur mberi komn dn ingin melihat kedebab yg lebih baek.plg ptg jgn hentikan sokongan anda(samada dr sudut kritikan membina)..
    cadangan telus..muhd alfateh-Syeikhul Hira;apakata anda sertai kedebab kerna org berfikiran kritis dn luas sprt anda amat dialukan?bile Ptndgn Debat Musleh nnt,anda akan temui ramai yg berfikiran hebat dn inila masanya anta btukar fikiran dn btemu mreka(selain mencoret dlm blog nta jg kenalan nta yg jg berfikiran hebat)
    dn mgkn jg nta bole mmbawa perubahan positif dlm kedebab..

    ReplyDelete
  4. Muhd Al Fateh... anda kan hebat.. apa kata anda saja join jadi pendebat sekolah...

    ReplyDelete
  5. buat pengetahuan semua... blog ni akan dibuka kepada ahli kelab Ahli Fiqir Sekolah time buka sekolah nanti, so, nanti semua kawan kawan boleh bagi komen, posting dan tulis apa yang patut.. ana dengar muallimah Nadia dengan Muallimah Ummi pon nak masukkan tip tip debat bahasa melayu dan english kat dalam blog ni... tahun 2010 nanti InsyaAllah, blog ini akan lebih aktif...

    ReplyDelete
  6. Masalahnya, budak budak al amin ni malas nak membaca... membaca suratkhabar pon malas.. ok jugak blog ni letak isu dari suratkhabar...walaupun copy paste

    cuba tanya setiap seorang budak al amin, siapa menteri pelancongan dan kebudayaan Malaysia? soalan kacang putih pon tak leh jawab....

    ReplyDelete
  7. hhaaa... tanya budak al amin pasal falsafah pendidikan negara.. terkebil kebil... eheheeh

    ReplyDelete
  8. ala.. yang tukang komen tu malas jugak... bukan nak siasat lebih lanjut, dia tau ke tak pasal Skandal Port Klang, ntah ntah tak tau..asyik dengan dunia sendiri, ni benda masalah politik kat Malaysia ni masalah Ummah juga, bukan masalah Palestine sahaja, sila buka mata dan minda sikit, walaupun kita ni budak sekolah kita kena ada minda seorang penyiasat.... ni skandal Port Klang ni best ni, very juicy scandal, ada kaitan dengan kebangkrapan Bumiputra Malaysia Finance.. latest Malaysian Political Scandal nih, ni skandal besar besaran, the grandmother of all scandal.. dulu aku selalu ikut perkembangan Skandal Perwaja Steel yang melibatkan ex-PM sampai sekarang tak setel setel (hasil dari campurtangan pihak pihak tertentu)... nak tau lebih lanjut.. ada link... boleh baca ..

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Skandal_Zon_Bebas_Pelabuhan_Klang

    http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/skandal-zon-bebas-pelabuhan-klang-1.html

    http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8f6bc6de-7f000010-111c3670-2fc2b32f

    ReplyDelete
  9. berapa org ananymouse daa..
    mmg a gud point pun..setuju setju..

    ReplyDelete
  10. npe x aktif nie...
    atau dh terkubur ke hujung kalbu...
    di mana wira2 nyer...wat malu je..
    spe laa presiden nie..mne leh harap
    kt mlmh je..hidup perlu dihayati..
    mst pandai berdikari lagi berfikir..!
    ws...:(

    ReplyDelete
  11. Nampaknya bkn saya seorang yg berfikiran seperti saya.. Jadi, kenyataan "org berfikiran kritis dn luas sprt anda amat dialukan" ini langsung tidak relevan..

    Oleh itu, dengan wasiat nombor empat seorang pejuang agama yg masyhur, saya menolak sebarang ajakan yg membabitkan ana dgn kelab debat. Sekian.

    ReplyDelete
  12. Muhd Al Fateh... ajakan untuk join kelab debat ini tidak ada kena mengena dengan permintaan students Al-Amin, kalau anta nak masuk, dialu alukan , kalau tak nak masuk sudah.. sila rujuk tujuan dan objektif kelab debat ini ditubuhkan... kami bukan nak berlagak pada sekolah lain, tapi nak menggilap potensi pelajar Al Amin Bangi.. harap maklum.. lagipun Mulimah Nadia yang cadangkan nama anta, kami support aje.. anta nak menolak, cakap sendiri kat Muallimah Nadia.. dia yang berharap sangat anta dapat masuk debat..

    ReplyDelete
  13. Muhd Al Fateh.. untuk berjaya dalam debat, kena ada teamwork.. bukan seorang individu sahaja yang pok pek pok pek... dalam ummah pun begitu juga, mana boleh Ummah berjaya hanya dengan usaha seorang sahaja? Ummah berjaya kerana semua pakat berganding tenaga untuk memperjuangkan agama.. macam tu la realiti dunia debat..

    ReplyDelete
  14. berdebat untuk intelektual, bukan untuk benda benda bodoh.. tak salah aku, imam hassan albanna cakap jangan berdebat tentang perkara furu` dalam agama aptah lagi membabitkan persoalan 4 mazhab... tu tak ada kena mengena dengan ajakan anta nak masuk kelab debat..
    tengokla macamana Ahmad Deedat berdebat, dia berjaya membuka mata dan minda orang orang Kristian untuk memeluk Islam.. tak relevanla Muhammad Al Fateh ni.. tolongla...

    ReplyDelete
  15. Bismillah.

    Assalamualaikum semua, moga semua pengunjung blog KEDEBAB sejahtera.

    Saja singgah blog ni, tak sangka dapat jumpa perbincangan semacam ini.

    Komen saya; isu Muhd Alfateh sertai KEDEBAB tak patut timbul. Noktah.

    Seterusnya, tahap pengetahuan am pelajar Al-Amin perlu diperbaiki. Saya cadang para guru mulakan dengan diri mereka, iaitu dengan sering menyebutkan isu semasa di dalam kelas.

    Ketiga, kandungan blog ini kurang menarik. Anda boleh paparkan aktiviti kelab, pertandingan mendatang, tips berdebat atau artikel berkaitan, contohnya Berdebat Dalam Islam.

    Satu lagi, saya kritik gaya bahasa anda yang merosakkan bahasa Melayu. Sepatutnya, pendebatlah yang paling menghormati bahasa. Saifulislam.com mengatakan, "Pecah kaca pecah gelas, rosak bahasa nak baca pun malas".

    Yang terakhir, anda perlu berani untuk komen dan menasihat. Perkataan 'anynomous' tak perlu ada dalam kamus anda.

    Cukup sampai sini. Nasihat dari saya, "khairul kalam ma qalla wa dalla".

    Selamat Maju Jaya.
    Syukran.

    Bilal bin Jailani ^_^
    Pelajar Kuliah Syariah Islamiyah
    Universiti Al-Azhar, Mesir

    ReplyDelete