Followers

background

Tuesday, December 8, 2009

Amaran FAM (Football Association Malaysia)

PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengeluarkan amaran keras kepada skuad bola sepak lelaki Bawah 23 (B-23) tahun negara supaya tidak mengulangi tindakan luar kawalan selepas mereka mencetuskan insiden kekecohan menyerang pengadil perlawanan selepas mengalami kekalahan 1-3 di tangan pasukan Vietnam pada temasya Sukan Sea Laos XXV kelmarin.

FAM turut mengeluarkan tegahan terhadap skuad bola sepak wanita negara, yang menjadi pasukan belasahan di temasya yang sama, daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan antarabangsa mulai tahun depan.

Keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas mesyuarat FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

“Pihak FAM menerima laporan pengurus pasukan Malaysia di Vientiane yang melaporkan tahap pengadilan yang tidak memuaskan.

"Berikutan itu pengurus pasukan telah membuat aduan rasmi berhubung mutu pengadilan dengan pihak penganjur,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata, FAM, menerusi pengurus pasukan, telah memberi amaran keras kepada setiap pemain supaya tidak mengulangi perbuatan tersebut dalam dua baki perlawanan Kumpulan A nanti.

“Walaupun, mutu pengadilan tidak baik atau tidak setuju dengan keputusan pengadil perlawanan, mana-mana pemain tidak boleh bertindak mengikut emosi masing-masing. Disiplin harus diutamakan kerana ia melambangkan sikap profesional,” katanya.

Pada perlawanan kedua Kumpulan A yang berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional Laos Ahad, Malaysia tewas 1-3, sekali gus menyukarkan laluan negara ke separuh akhir.

Malaysia kini berada di tangga ketiga Kumpulan A selepas mengumpul tiga mata, hasil kemenangan membelasah Timor Leste 11-0 pada Rabu lalu.

Ditanya mengenai peluang skuad Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir, Khairy berkata, skuad Malaysia mesti memenangi baki dua perlawanan kumpulan A iaitu menentang Kemboja dan juara bertahan Thailand untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Mengenai persembahan pasukan bola sepak wanita yang tidak memuaskan, Khairy berkata, pihak FAM memutuskan mulai tahun depan skuad bola sepak dan futsal wanita tidak dibenarkan beraksi di mana-mana perlawanan antarabangsa kecuali perlawanan persahabatan sahaja.

“Dengan dua kekalahan dibelasah (Thailand 14-0, Vietnam 8-0) yang agak memalukan ini, pihak FAM telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan pasukan bola sepak wanita beraksi di mana-mana pertandingan di peringkat antarabangsa. Yang paling utama sekarang adalah program pembangunan untuk memperkukuhkan, memperkemaskan pasukan bola sepak dan juga futsal,” katanya.


-------> Bola sepak negara kita mengalami kemerosotan lagi... agak agak apakah puncanya? dan apakah solusi kepada masalah ini? Sila kawan kawan beri komentar..

2 comments:

  1. ha..isu ni buat aku berapi api nih... aku rasa masalahnya:

    1. Pengurusan yang tidak profesional dan mantap.
    2. Pemain kurang semangat nasionalisme dan daya juang.
    3. kurang kepakaran dalam sukan bola sepak.
    4. aku rasa ada banyak je bakat bakat yang belum dicungkil di luar sana... tapi tak ada inisiatif nak cari bakat bakat baru or kurang program yang dapat membimbing bakat bakat baru nih...
    5. kurang imbuhan kepada pemain --->Ringgit Malaysia.. dan aku rasa bidang Sukan kurang mendapat sambutan yang menggalakkan berbanding bidang hiburan...sana sini remaja sibuk nak jadi penyanyi la artis la..haprak tul.. ni semua gara gara promosi program sukan tak segempak promosi Akademi Fantasia ... tapi aku rasa Soccastarz dulu cam ok ja..
    6. Lastly, aku rasa atlit atlit kita terutama sekali bekas bekas atlit negara kurang mendapat pembelaan.. ye la..penyertaan dalam bidang sukan nih terhad pada had umur.. kalau dah 35 tahun ke atas dah tak cergas lagi dah, kena cari profesion lain, bukan semua bekas atlit kita dapat jadi jurulatih macam Rshid Sidek ke.. dan tak ada pencen (itu dulu, sekarang aku tak tau dah ade ke tak pencen, update please),..... sebab tu bidang ni kurang mendapat sambutan, sebab orang semua ingat tak ada masa depan.. masyarakat kita lebih mementingkan pencapaian akademik dan bidang bidang lain...

    solusinya... lu pikir la sendiri....

    ReplyDelete
  2. pemain2 negara kurang didikan tentang kesabaran..main bola kan mengajar erti kesabaran..kita tak bleh nak salah pengadil 100 peratus..hakim yang paling berat kerjanya adalah pengadil bola sepak kerna kena buat keputusan masa itu jugak..mana ada tangguh utk buat keputusan..onthe spot..

    sengal..

    ReplyDelete