Followers

background

Thursday, October 22, 2009

NUTP sambut baik penggredan baru SPM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik penggredan baru untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kementerian itu kerana menyedari keberkesanan sistem penggredan baru tersebut.

"Sebenarnya sistem penggredan baru ini adalah satu sistem lama yang diperkenalkan semula.

"Oleh kerana ia praktikal dan berkesan untuk menilai prestasi sebenar pelajar, maka sebab itu kerajaan menukar semula sistem ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom mengumumkan sistem penggredan baru bagi pelajar SPM dan menggantikan sistem penggredan yang lama.

Sistem itu akan mula dilaksanakan tahun ini dan semua pengetua di seluruh negara telah dimaklumkan agar memberi penerangan kepada calon-calon yang akan menduduki SPM tahun ini.

Dalam pada itu, Yim Pheng berkata, sekolah-sekolah di luar negara juga mengamalkan sistem penggredan yang sama dan memang terbukti ia berkesan

"Ini juga akan memudahkan kementerian menilai prestasi pelajar dengan lebih tepat.

"Sebagai contoh, sebelum ini, pelajar yang mendapat 80 peratus juga akan mendapat gred A sama dengan pelajar yang mendapat 99 peratus, tetapi kini dengan sistem baru kita sudah ada tiga peringkat A iaitu A+, A dan A-," jelasnya.

Sehubungan itu, Yin Pheng berkata, cara itu akan membuatkan para pelajar lebih kuat bersaing antara satu sama lain.


Sila beri komen tentang isu ini....

5 comments:

  1. isu yang menarik diketengahkan.

    apabila keluarnya isu ini, pasti ramai dalam kalngan pelajar mulai risau akan penggredan ini. lebih-lebih lagi pelajar yang lemah dalam pelajaran seperti ana. maka di sini pasti ramai pelajar yang akan mengambil inisiatif untuk terus berusaha bagi memastikan diri mereka sampai ke peringkat IPT dan IPTA. ini menunjukkan kesan positif daripada tindakan.

    ini sahaja komen ana. maaflah tiada idea yang bernas diketengahkan.

    ReplyDelete
  2. 'Yin Pheng berkata, cara itu akan membuatkan para pelajar lebih kuat bersaing antara satu sama lain' ..... okeh, dari sudut pandangan negatif ---> Malaysia akan melahirkan lebih ramai pelajar yang tidak berkualiti, kurang soft skills, kurang daya kepimpinan, kurang akhlak dan agama (yela lulus subjek agama pon sebab nak dapat A+++ berderet)hanya mementingkan pencapaian akademik semata, mengejar dunia, akan lahir kepimpinan yang merampok harta rakyat jelata sebab akhlak kurang tapi cerdik menipu dan kemudian Malaysia ni akan lingkup... sekian

    ReplyDelete
  3. wah..ni post oktober..blog kelab debat patut update at least twice in a week..

    cadangan,get a few more authors for this blog..those who are critically minded and are passionate in debate.

    ReplyDelete
  4. sangat setuju dgn Abg Zubir.. hehehe..

    Ape klate org lain bukak blog ni, lepas tu tgk, "Oh! kelab debat Al-Amin cmnih ek?".. lalu?

    ReplyDelete