Followers

background

Saturday, April 24, 2010

debat BM di UIA - Pengalaman berharga!

Catatan Pasukan Debat Bahasa Melayu SMSAAB
di Pertandingan Debat Antara Sekolah 2010

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Hari yang dinanti tiba. Perjalanan membawa nama sekolah, memartabat nama Islam pun bermula. Taman Ilmu dan Budi, Universiti Islam Antarabangsa jadi saksi usaha dan pengalaman kita.

Jumaat, 16 April 2010.
Kami datang ke sekolah seperti biasa, pukul 8 pagi. Target nak bertolak ke UIA pukul 9 pagi. Konon-konon nak berkumpul sekejap untuk last training, tapi terpaksa batal, debaters BM ada urusan yang kena diselesaikan sebelum meninggalkan sekolah selama 6 hari. lama tu.lagi2 minggu Pro-Bahan sedang melanda al-Amin.memang hectic

.
a million thanks to a.zubair. dia yang tolong susun2.

Naik van, punggah barang yang sangatt banyak. semua pakat bawa beg kotak2. Lepas hampir setangah jam susun2 barang, fikir strategi nak muatkan 11 orang (+driver) beserta bahan debat dlm van yang berkapasiti 12 orang, kami pun memulakan perjalanan.singgah rumuh Umar dgn a.Zubair dulu, baru menuju ke UIA.

Sampai sana, mendaftar,bayar,dsb. masa ni dah jumpa sekolah Hira' dan jumpa akh Fahmi Faudzi yang mempromosikan pada kami majalah ratio, majalah rasmi program debat ni.sementara tunggu daftar, sempat isi borang survey untuk majalah ratio. dlm borang tu ada tanya, sekolah mana yang kita target untuk naik ke final untuk debat BM dan BI. kami semua semangat tulis Al-Amin Gombak dan Smi Hidayah. heh. optimis dengan kebolehan mereka. Musleh boleh!



kemudian check in dalam dorm, peserta perempuan di Mahallah Maryam, lelaki Mahallah Salahuddin.makan tengahari dalam dorm, solat, rehat sementara tunggu Grand Dinner malam tu. dlm pukul 2 ptg, a.Zubair call, minta buat training dengan Hira'.

Haifa pelajar mithali.banyak buku dia angkut.

dlm pukul 4 ptg, banat Hira' datang dorm kami, A 4.6, untuk sedikit perbincangan. by Asar mereka balik dorm. then kami ke kedai runcit dan kantin, beli stok untuk enam hari. :)

sblm maghrib dah tunggu nak naik bas ke CAC Hall. lamaaaa tunggu.

bergambar dengan banat Hira' (hannah mahmud dan errr-tak-ingat)

sampai sana, kami solat maghrib dulu. habis solat, terus bergegas nak masuk, takut lambat. betul pun jangkaan, mmg kami lambat, masuk sekali dengan VIP. dahlah tak reti cari meja. konon2 tak nak tanya usher, nak cari sendiri. akhirnya malu sendiri..-_-

malam tu kami semeja dengan SEMASHUR. bagus betul mereka. penuh yakin dan percaya untuk naik ke pentas final tahun ini. all the best.

masa habis dinner, urusetia umumkan untuk tahun ni senarai usul tak diberi.wah.mencabar juga untuk kami yang masih baru. tak boleh nak duga usul macamana yang akan keluar.tak apa. tawakkal.


sebelum bersurai, tangkap gambar dulu.


*********

the next day, ada bangkel debat oleh pendebat2 UIA. very useful and informative. then Round 1 begins.

ROUND 1

Sidang 25
MRSM Serting (kerajaan) vs Al-Amin Bangi (pembangkang)
Isu : Alam Sekitar
Usul : Kita tidak sepakat dalam isu alam sekitar.



Keputusannya
Usul : ditolak (hamdulillah!)
Margin : 4 point something
Juri : 3-0
Pendebat terbaik : Husna (juri 3-0)

Kedudukan selepas pusingan 1 : no 11




ROUND 2

Sidang 12
Al-Amin Bangi (kerajaan) vs Maktab Tentera Diraja (pembangkang)
Isu : Ekonomi
Usul : Bajet 2010 membebankan rakyat

Keputusannya
Usul : ditolak
Margin : 3.67
Juri : 3-0
Pendebat terbaik : 2nd speaker pembangkang

Kedudukan selepas pusingan 2 : no. 32


ROUND 3

Sidang 25

Al-Amin Bangi (kerajaan) vs MRSM Batu Pahat (pembangkang)
Isu : Pendidikan
Usul : Sekolah Berprestasi Tinggi hanya satu jenama

Keputusannya
Usul : ditolak
Margin : 4.167
Juri : 3-0
Pendebat terbaik : 3rd speaker pembangkang

Kedudukan selepas 3 pusingan : no. 46

ROUND 4

Sidang 20
MRSM Pendang (kerajaan) vs Al-Amin Bangi (pembangkang)
Isu : Humour / Peribahasa
Usul : Zaman Sudah berubah : Kera di Hutan Perlu Disusukan


Keputusannya
Usul : diterima
Margin : 3.67
Juri : 3-0
Pendebat Terbaik : Fitrah Adila (2nd speaker kerajaan)
*masa ni Haifa jadi calon pendebat terbaik. mungkin kerana bola-bola apinya?

Kedudukan selepas 4 pusingan : no. 53


ROUND 5


SMK Taman Melawati (kerajaan) vs Al-Amin Bangi (pembangkang)
Isu : Sosial
Usul : Pelacuran : Mak Ayam yang bersalah


Keputusannya
Usul : ditolak
Margin : 3
Juri : 2-1
Pendebat Terbaik : Husna (juri 3-0)

Kedudukan selepas 5 pusingan : no. 45



sementara tunggu pusingan 6, sempat bergambar dengan usher kami yang comel, kak Ruwaida. Pelajar tahun kedua jurusan Bioteknologi. tengok ekspresi Haifa yang sedih sebab masa ni kami kalah tiga kali berturut-turut.


ROUND 6

Sidang 23
MRSM Kuantan (kerajaan) vs Al-Amin Bangi (pembangkang)
Isu : Politik
Usul : Kita Sudah Bersedia untuk Sistem Dua Parti


Keputusannya
Usul : ditolak
Margin : 1
Juri : 2-1
Pendebat terbaik : Husna (juri 3-0)


Selesai semua 6 pusingan, berikut adalah prestasi kami.

Kedudukan : no. 39 daripada 62 pasukan
Juri : 7
Margin : -3.507
Total Win : 3
Total Score : 4543


Alhamdulillah, pasukan debat bahasa melayu sekolah kita berjaya menunjukkan prestasi yang baik untuk debat UIA kali ini.jazaakumullah untuk semua yang mendoakan dan bertanya khabar kami dari semasa ke semasa kami di UIA. doa dan tiupan semangat antum benar2 memberikan kekuatan buat kami.namun kami rasa ini bukan yang terbaik kami dah lakukan. macam ada yang tak puas bila tengok final ranking.nanti nak tebus dan buat yang terbaik dalam debat Musleh, insyaAllah!

-to be continued-

3 comments:

  1. salam'alaik.hikhik.nk trgelak bace laporan ni.kisah khdpn korang as debaters mcm sronok jer.mcm2 ragam.siap ade yg bwk buku lthn!(soalan utk yg bwk buku,buat ke lthn tu??)gurau je.papepun all the best utk ahli kebab goreng.kami yakin kalian bisa berbisa dan blh prgi jauh..innallahama'akum..chayok!!!

    ReplyDelete
  2. mmg seronok pun debate.rugi sape x join debate.haha.jom join ramai2.pandai atau tidak lain cerita.semuanya boleh dipupuk dan diasuh.

    ReplyDelete
  3. abg adam "hensem"!!

    ReplyDelete